Eww gelinya! Tak rela aku nak makan nasi lepas ni. Ada ke patut beras dipijak2, tak hormat pada makanan langsung! Mulai hari ini aku takkan makan nasi lagi, aku akan makan chicken chop sahaja.
Admin fanpage Friends of Barisan Nasional (FOBN) turut memuatnaik gambar tersebut dan viralkan dengan status "Beras dipijak-pijak sedangkan itu makanan. Harap pekerja pasaraya hormati makanan".
Dan suatu yang luar biasa apabila membaca komen2 di post tersebut, rupa2nya kampit beras kena pijak adalah perkara yang biasa.
Malah memijak beras sewaktu pemprosesan beras juga adalah perkara biasa.
Jangan kata orang, kerbau juga bisa memijak beras sewaktu ia masih dalam bentuk padi di bendang.
Mungkin budak perempuan itu tak pernah tengok sawah padi, atau pergi kilang beras, atau pergi gudang penyimpanan beras, atau tengok lori angkut beras, atau tengok pekerja pasaraya menguruskan stok beras, dan tidak tahu apa2 langsung pasal beras. Mungkin dia hanya tahu macam mana nak tukarkan beras kepada nasi.
Dan yang lagi facepalm, ada orang capture gambar yang rupa2nya pekerja Tesco tu tak pijak pun kampit beras, tapi berdiri atas kerusi atau stool.
Malu, memang memalukan. Sudahlah buat fitnah, bersikap prasangka dan prejudis, menimbulkan pula isu yang tak sepatutnya wujud pun. Nasib baik tak nampak muka, tak pasal2 diri sendiri nampak tolol dan dungu di situ. Kalau tak pasti apa salahnya undur ke belakang sikit dan dapatkan kebenarannya untuk pastikan pekerja tu berdiri atas beras atau tidak, bukan jauh pun tak sampai 50 meter pun.
What you see is not always what it seems.
Dan apa yang lagi dungu dan memalukan, admin FOBN viralkan gambar ni tanpa selidik dan orang2 yang turut share gambar ni yang bersama2 menyebar fitnah. Serius, kalau setakat itu sahaja mentaliti admin budak2 FOBN tu, sila gugurkan nama Barisan Nasional kat page tu. Hanya buat malu imej BN je.
Inlah masalah sebahagian orang kita dari dulu sampai sekarang, suka bersangka buruk, bersifat prejudis, malas mengkaji, malas menyelidik, malas membaca, malas mencari ilmu, malas mendapatkan kebenaran, tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri dan tidak suka meminta maaf atas kesalahan dan kesilapan.
Bodohkan?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment