ONEXOX
BannerFans.com

Perkerja TNB maut akibat kemalangan di pencawang yang dibaiki nya

on Wednesday, February 25, 2015


Kuala Lumpur : Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbabit dalam kemalangan ketika ke#rja penyelenggaraan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Isnin lalu meninggal dunia, petang ini.




Menurut kenyataan media yang dikeluarkan TNB, juruteknik, Mohd Ruzairi Razali, 34, menghembuskan naf#as terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1:10 petang selepas mendapat rawatan sejak Isnin lalu.



Tempat kejadian

Jenazah mangsa disembahyangkan di Surau Balai Islam, Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar sebelum dibawa ke Bukit Kecil, Kuala Terengganu untuk dikebumikan.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berumur tujuh, lima dan tiga tahun.

Sementara itu, dua lagi pekerja TNB yang turut cedera dalam kemalangan terbabit, Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, d#an Norizan Abdullah, 59, kini dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Prince Court. Al-fatihah

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved