Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang lelaki mengamuk dan sengaja merosakkan kereta mili#k mangsa.
Lelaki berusia lingkungan 30’an itu bertindak ganas terhadap mangsa yang didakwanya sengaja mengambil petak parkingnya yang berada di hadapan kedai milik lelaki itu.
Bagaimanapun, wanita ya#ng dipercayai isterinya cuba menghalang lelaki terbabit terus bertindak ganas. Namun gagal apabila lelaki itu mengambil peluang untuk menendang kereta mangsa.
Berdasarkan dialog perbualan kedua-dua pihak, mangsa mendakwa lelaki terbabit terus memarahinya kera#na mangsa meletakkan kereta di tempat yang menjadi kebiasaan lelaki itu meletakkan kenderaannya, sedangkan tempat berkenaan adalah tempat letak kereta untuk orang awam.
Berang dengan ‘kecerdikan’ mangsa, lelaki itu terus mengamuk dan memaki hamun mangsa tanpa memperdulika#n anaknya yang terjerit-jerit meminta ayahnya berhenti berkelakuan seperti orang gila.
Orang awam yang turut melihat kejadian itu cuba meredakan keadaan namun lelaki itu enggan berhenti menyerang mangsa.
Kesal dengan tindakan lelaki itu, mangsa bertindak menghubungi pihak polis bagi menyelesaikan masalah mereka.
Inilah perangai masyarakat ki#ta, suka menganggap harta benda awam milik mereka sehingga terlupa bahawa orang lain juga turut ‘membayar’ untuk menikmati kemudahan bersama.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment