ONEXOX
BannerFans.com

Peserta AF3 Amylea Azizan hampir bunuh diri sebab diri hodoh?

on Tuesday, February 17, 2015




Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai salah seorang finalis akhir bagi pertandingan realiti mencari penyanyi, Akademi Fantasia musim ketiga iaitu Amylea Azizan, 28 yang kini dalam perancangan untuk kembali mewarnai persada muz#ik di negara ini.

Amylea yang dihubungi berkata dia dalam perancangan rapi untuk kembali membuat debut dengan penghasilan album baru dan juga bakal tampil dengan gaya yang berbeza berbanding dahulu. Setelah beberapa kali menukar gaya kini Amylea lebih yakin untuk berhadapan dengan peminat.




Walaupun selepas berakhirnya AF, pen#yanyi yang berasal daripada Sungai Petani masih tidak yakin dengan penampilan dirinya dan hampir berputus asa. Malah sejak kecil lagi Amylea merasakan dia tidak mempunyai harapan untuk berjaya kerana tidak cantik dan sering mencederakan dirinya apabila merasakan sedemikian.

“Sejak daripada dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut.




“Saya memang rasa kecewa dengan pener#imaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis, namun saya bernasib baik ada juga yang tidak memandang begitu.

“Tapi janganlah fikir saya sengaja mencari simpati dengan cara ini kerana itu bukan sebab utama saya ingin kembali. Saya ada kongsi perasaan saya di dalam Facebook dengan niat untuk mengingatkan mereka yang suka berkata tanpa memikirkan perasaan orang yang dikutuk mereka,”ujar bekas deejay Radio Langkawi ini yang menjelaskan situasi sebenar apa yang dilaluinya kini.

Menurutnya penampilan terbarunya ini tu#rut bersesuaian dengan pemilihan genre muzik yang bakal diketengahkan Amylea tidak lama lagi. Dia mahu kelihatan lebih sofistikated dan sesuai dengan umurnya kini.

“Saya memilih untuk lebih bergaya ringkas dan sofistikated dan dalam masa yang masih mengekal identiti diri saya sebagai seorang penyanyi, penulis dan penggubah lagu serta guru dalam bidang muzik.

“Tahun ini memasuki tahun ketiga saya me#njadi tenaga pengajar untuk melatih vokal dan persembahan di SK Bukit Damansara. Selain itu juga saya ada menawarkan kelas belajar vokal untuk pelajar sekolah dan orang dewasa,” tambahnya lagi.

Mengenai perancangan album debut terbarunya, Amylea mensasarkan tahun 2015 untuk kembali dalam dunia nyanyian menerusi album baru yang bakal dilancarkan sendiri tidak lama lagi.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved