ONEXOX

Punca Penerima BR1M 2015 Yang Tertangguh Akan Dibayar Secara Tunai Terjawap

on Tuesday, February 17, 2015

Mengenai isu bayaran BR1M 2015 yang pertama di mana masih ramai yang tertangguh dan belum menerim#a bayaran yang sepatutnya diterima pada Januari lepas, sudah pasti risau kerana sehingga sekarang masih belum menerima bayaran masing-masing.

Apa yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, untuk penerima BR1M 2015 yang tertangguh, pembayaran pertama ini akan dibayar secara tunai melalui bank yang akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang akan anda terima dalam masa terdekat ini.

Seperti yang kami nyatakan sebel#um ini, salah satu sebab utama anda tidak menerima bayaran pertama melalui akaun bank disebabkan terdapat masalah nombor akaun yang anda kemukakan kepada pihak LHDN sama ada melalui borang online mahu pun manual.

Di bawah adalah contoh surat pemberitahuan mengenai pembayaran pertama hanya boleh dilakukan secara tunai di bank yang dinyatakan.




(Surat BR1M 2015 pemberitahuan pembayaran / penunaian)

Sangat mudah, cuma bawa surat pemb#eritahun bayaran BR1M 2015 dan kad pengenalan sahaja ke bank dan anda akan mendapat bayaran BR1M 2015 yang pertama anda.





Kepada sesiapa yang masih belum menerima bayaran pertama BR1M 2015, bolehlah menunggu surat pemberitahuan ini dan jangan lupa untuk mengemaskini nombor akaun bank anda untuk bayaran kedua dan ketiga nanti ya!

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved