ONEXOX

Proton jalankan siasatan untuk perjelas insiden Exora terbakar

on Wednesday, February 18, 2015



KUALA LUMPUR: Pihak Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini melalui kenyataan rasmi menjelaskan mengenai laporan yang menjadi viral di media sosial iaitu mengenai kenderaa#n model Exora yang terbakar.

Kenyataan daripada Proton itu adalah merujuk kepada beberapa gambar yang kini mula disebar luas di media sosial mengenai sebuah Proton Exora yang terbakar di susur keluar Cheneh di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari 2015.

Dalam gambar tersebut, seseten#gah warga siber mendakwa bahawa Exora tersebut terbakar antaranya disebabkan aspek peningkatan suhu dan akibat mengisi minyak dengan penuh.




Sementara itu, ada pula yang berspekulasi bahasa insiden itu berlaku kerana tangki minyak yang bocor.

“Pihak Proton ingin menegaskan bah#awa syarikat ini tidak berkompromi atas sebarang isu kualiti yang boleh menyebabkan gangguan fungsi kepada enjin atau kenderaan kami.

“Proton Exora merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara dengan lebih daripada 140,000 unit dijual seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

Proton juga memberitahu, pihaknya s#angat mengambil berat tentang situasi tersebut dan sedang menyiasat dengan terperinci. Proton juga telah menghubungi pemilik kenderaan itu bagi memastikan individu tersebut dan keluarganya dalam keadaan baik, selain mendapatkan butiran penuh mengenai Exora tersebut.

“Sehingga ke tahap ini, sebagai sebahagian daripada keutamaan kami terhadap hal keselamatan pelanggan dan prestasi kenderaan mereka, kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang awam agar tidak menyebarkan spekulasi berkenaan  kejadian tersebut,” ujar kenyataan itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved