ONEXOX
BannerFans.com

Punca Imam Surau Ditampar Bunian Selepas Solat (Jin Islam) Terjawap

on Saturday, February 21, 2015



Menceritakan kisah bagaimana seorang imam surau di kawasan taman perumahan ditampar oleh buni#an.

Kawasan perumahan ini dulunya merupakan kawasan landai yang ditumbuhi pokok getah. Selepas beberapa tahun kawasan getah di kiri dan kanan jalan denai telah di bangunkan menjadi kawasan taman perumahan.

Pada permulaan pembuka#an kawasan perumahan ini, pelbagai gangguan terutamanya melibatkan makhluk halus seperti hantu jepun dan mangsanya kerap kedengaran. Manakala bagi gangguan yang melibatkan orang bunian jarang kedengaran kecuali jika terdapat kekotoran dan yang bercakap besar serta tidak sopan.

Salah satunya peristiwa yang melibatkan orang bunian ialah bagaimana seorang imam surau di kawasan perumahan tersebut telah ditampar oleh orang bunian ini. Benarlah seperti kebanyakan orang kata bahawa orang bunian atau jin Islam akan menumpang rumah ibadat yang dibuat oleh manusia.

Begitulah yang terjadi dimana b#ila waktu subuh atau isyak sampai, ramai orang bunian ini akan berkumpul di dalam surau tersebut untuk melaksanakan kewajiban yang ditetapkan.

Bukan semua orang melihat hanya sesetengah orang sahaja yang boleh melihatnya terutamanya imam. Bila imam yang lama di surau tersebut meninggal dunia, maka berlaku penggantian imam yang baru.

Selepas seminggu bertugas sebagai imam yang baru, tiada apa-apa peristiwa yang berlaku.

Sehinggalah pada suatu pagi semasa# keluar dari surau selepas solat subuh, imam baru ini terkejut kerana terasa terlintas dibelakangnya satu makhluk. Bila ditoleh dilihatnya satu lembaga lengkap berserban serba putih sedang terbang menjauh darinya.




Disebabkan timbul perasaan marah, pak imam ini telah memarahi makhluk ini dengan mengatakan akan menampar makhluk ini jika membuatnya terkejut lagi.

Keesokkan harinya pak imam ini tidak muncul-muncul ke surau untuk mengimamkan solat subuh.

Disebabkan jemaah menunggu pak imam i#ni tidak muncul-muncul, mereka membuat keputusan untuk meneruskan solat subuh berimamkan pak bilal. Selepas solat ahli jemaah surau telah pergi ke rumah pak imam untuk mengetahui kenapa pak imam ini tidak muncul ke surau.

Rupanya pak imam ini telah dihinggapi demam dan mulut beliau telah herot seperti ditampar seseorang. Pada pipi beliau juga terlihat kesan biru seperti bekas tangan yang menampar.

Selepas diselidiki baru pak imam menceritakan kisah yang dilaluinya semalam. Para jemaah mensyorkan agar pak imam memi#nta maaf dengan ketelanjuran kata-katanya hingga menyebabkan makhluk serba putih itu tersinggung dan membalas dendam.

Sememang ahli jemaah surau yang lain telah tahu berkenaan orang bunian ini menumpang bersolat bersama-sama mereka melalui pak imam yang lama.

Selepas memohon maaf dan para jemaah membacakan surah yasin di air serta menyapukan ke tempat yang berbekas lebam itu, kees#okkan harinya kesan yang dimuka pak imam tu hilang dan demamnya semakin kebah.

Jadi sebagai pengajaran dari pengalaman dia atas ini, janganlah bercakap kasar dengan sesiapa saja sehingga boleh menyinggung perasaan orang lain termasuk makhluk halus. Kerana manusia mahupun makhluk yang bertubuh halus tetap mempunyai perasaan yang dikurniakan oleh Allah.

Janganlah terlalu sombong sehingga menjadikan alasan manusia adalah makhluk pilihan Allah sehingga menidakkan perasaan makhluk lain. Manusia atau bukan manusia bukannya syarat untuk kita mencium bau syurga, am#alan dan kerendahan hati itu yang dipandang oleh Yang Maha Pencipta. Jadi sentiasalah bersederhana dalam apa saja keadaan.

Jadi Ingatlah kata-kata ini "Neraka itu sudah pasti jika tiada amalan, Surga itu insyallah kalau beramal". Beramallah bersungguh-sungguh untuk menidakkan kepastian neraka itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved