ONEXOX
BannerFans.com

Video Live Suasana Solat Jenazah Nik Aziz

on Thursday, February 12, 2015



Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelanta#n bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kende#raan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsun#gkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.



LAPORAN LANGSUNG

10am: Ribuan menunaikan solat jenazah. Mereka bersolat di sepanjang jalan sehingga ke masjid Tok Guru.

Selepas selesai, mereka mula berar#ak menuju ke tanah perkuburan.

9.50am: Ketibaan ustaz popular Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana seketika. Rata-rata teruja ketika Ustaz Azhar menuju ke perkarangan masjid.

Dan pada ketika ini juga, orang ram#ai sedang bersedia untuk menunaikan solat jenazah.

9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru.

Takbir yang berterusan itu dilaungka#n kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid.

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman.

Menurut agensi berita nasional Bernam#a, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu".

9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz.

Katanya, ia adalah atas pemintaan kel#uarga Nik Aziz.

Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang.





9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk ber#ucap kepada orang ramai.

Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat.

Nik Aziz, tambahnya bukan sahaja dihormat#i oleh orang Islam tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam.

9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit S#iang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita aka#n terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"

9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Dat#uk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa.

Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan me#natap wajah Nik Aziz buat kali terakhir.

Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid.

8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaak#ob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang.

Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar.

Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan b#ahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi.

8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang ber#ada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang #beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan v#an khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ.

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.




Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved