ONEXOX
BannerFans.com

15 Tahun Dalam Kubur, Kain Kapan Masih Putih

on Thursday, February 12, 2015




Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun# sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Alor Setar kelmarin.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan tanah perkuburan masjid terbabit untuk menggali bagi mengebumikan jenazah baru bersebelahan kubur berkenaan.

Menurutnya, pihaknya m#enggali kubur kepada seorang saudaranya yang meninggal dunia kerana sakit jantung untuk dikebumikan bersebelahan dengan kubur terbabit.

“Selepas menggali tanah sedalam satu meter, tiba-tiba tanah bersebelahan itu runtuh dan kami mendapati sebuah keranda yang masih sempurna di dalamnya. Kami terkejut kerana difahamkan kubur itu sudah lama dikebumikan iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

“Bagaimanapun keranda itu masih# sempurna seperti baharu sahaja dikebumikan. Apa yang pelik ialah kami melihat keranda itu berada di dalam ruang yang kosong dan tanah tidak pula menutupi keranda itu,” katanya.

Mansor berkata, bagi memastikan keadaan jasad terbabit, dia membuka keranda itu dan melihat jenazah masih lagi sempurna dan tilam yang ada di dalam bagi melapik jenazah masih lagi kelihatan seperti baru.





“Oleh kerana kerja menggali kubu#r terpaksa dilakukan, saya memegang jenazah dan menolak keranda itu masuk ke dalam dan merasai jasad terbabit seperti baru dikebumikan,” katanya.

“Pengalaman itu merupakan kali kedua saya alami sejak menjadi penggali kubur hampir 40 tahun di tanah perkuburan ini.

“Sebelum ini, pada 1980-an, saya serta# beberapa rakan pernah terdengar ketukan sesuatu dari dalam kubur hingga menyebabkan imam terpaksa dipanggil bagi menyelesaikannya,” katanya.

Menurutnya, jenazah masih sempurna ditemui itu ialah seorang guru, Mohd Najib Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Mersing, Johor dan jenazah dibawa pulang dari Mersing dan dikebumikan di situ.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdull#ah Omar, 75, dari Kampung Alor Melong di sini, berkata, semasa keluarganya mendapat tahu tentang keadaan jenazah anaknya itu, dia sungguh terharu dan bersyukur dengan kebesaran ALLAH SWT.

Semasa kerja menggali kubur dilakukan, seorang daripada anaknya juga turut berada di situ melihat kerja dan terkejut apabila melihat jenazah abang sulung mereka masih sempurna.

“Pada masa itu, semua yang ada# di situ tergamam melihat kubur yang sekian lama itu masih lagi sempurna apatah lagi keranda itu seperti berada di dalam gua.

“Seorang dari anak saya bersyukur kerana inilah pengalaman pertamanya melihat jenazah lama yang masih lagi sempurna apatah lagi darah daging mereka sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, semasa arwah dikafanka#n serta dibawa pulang dengan kenderaan jenazah dahulu, pemandu kenderaan terbabit memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang perjalanan dari Mersing,  dia sentiasa terhidu bau wangi di dalam kenderaan sehinggalah tiba di kampungnya

“Pada masa itu pakcik hanya mendengar sahaja dan berdiam. Tetapi dengan peristiwa ini, sekali lagi ALLAH SWT menunjukkan kebesaran terutama kepada kita yang masih hidup ini,” katanya.

Semasa meninggal dunia, an#aknya itu berusia 29 tahun dan dia seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap tetapi suka menolong saudara-mara dan rakan-rakannya.

“Dia tidak pernah ingkar arahan jika diberikan tanggungjawab malah kerap membantu ibunya di dapur. Sebelum menjadi guru, dia pernah tinggal di Maahad Tahfiz  Al-Quran Derga selama beberapa bulan dengan bekerja sebagai warden di situ.

“Selain itu, arwah anak saya juga tu#rut mengajar akademik kepada pelajar tahfiz di situ serta turut menjadi imam. Al-Quran merupakan teman rapatnya walaupun dia tidak menghafalnya,” katanya.

Semasa arwah anaknya itu menetap di maahad terbabit, pelajar di situ sangat sukakannya sehingga setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, dia akan pulang melawat pelajar serta sentiasa prihatin dengan pengajian mereka.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved