Kartunis satira politik, Zulkiflee SM Anwarul Haque dibebaskan selepas tiga hari direman polis di bawah Akta Hasutan ke#rana mengkritik institusi kehakiman melalui laman sosial Twitter pada Selasa lalu.
Zulkiflee atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau dibebaskan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi? diwakili peguam Melissa Sasidaran ?kira-kira 12.45 tengah hari tadi selepas tempoh tahanan remannya berakhir hari ini.
Katanya, setakat ini polis belum mem#aklumkan sama ada dirinya akan didakwa di mahkamah atas dua kes yang berbeza, iaitu melibatkan tulisan di Twitter serta rampasan buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar', dia mana kedua-duanya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
"Apa yang saya tulis dalam Twitter, itulah perasaan rakyat rakyat di bawah yang cuba nak disampaikan.
"Ini Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid A#bu Bakar) menghabiskan masa di Twitter, saya boleh panggil dia sekarang 'Ketua Twitter Negara'.
"Satu atau dua Twitter tak menghancurkan kredibiliti kehakiman negara, yang menghancurkan kredibiliti adalah hakim dalam kes Anwar kerana buat keputusan yang lekeh," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Zunar berkata, polis sepatutnya mengemu#kakan saman sivil jika beliau bersalah mengkritik kerajaan melalui Twitter dan bukannya menggunakan undang-undang jenayah.
Katanya, penahanannya di bawah Akta Hasutan hanya akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi polis.
Zunar pada 11 Februari lalu ditahan polis di k#ediamannya di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, kira-kira 9.30 malam dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Penahannya ekoran memuat naik status "'Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan", merujuk kepada keputusan mahkamah mengekalkan hukuman bersalah dan lima tahun penjara terhadap Anwar.
Selain Zunar, Khalid juga mengarahkan Pusat T#indak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter.
Sementara itu, Zunar berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana polis merampas bukunya tanpa waran geledah.
"Buku saya dirampas ketika saya berada di Lond#on dan mereka tidak mendapatkan tandatangan saya dan tiada waran geledah. Saya akan ambil tindakan undang-undang," katanya.
Polis pada 28 Januari menyerbu pejabat Suara Keadilan di Cheras dan merampas 155 buku, 86 daripadanya bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” versi Bahasa Inggeris, 3 buku “Konspirasi Memenjarakan Anwar” versi Bahasa Inggeris dan 66 buah salinan buku “Pirate of The Carry BN”.
?Rampasan dibuat mengikut siasatan di bawah Sek#syen 2, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Mengenai buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun, Zunar berkata pihaknya akan menghadiri prosiding di Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari ini bagi mendengar permohonan pihak kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan karyanya sah di sisi undang-undang.
Panel hakim Mahkamah Rayuan pada 9 Oktober tah#un lalu sebulat suara berpendapat buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara. – 13 Februari, 2015.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment