ONEXOX
BannerFans.com

Ngeh Koo Ham dedah nama pemegang saham Old Town White Coffee

on Saturday, February 14, 2015



Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyiarkan senarai nama pemegang saham restoran kopitiam O#ld Town White Coffee yang dikatakan sebagai milik keluarganya.

Penasihat DAP Perak itu mendapatkan dokumen berkenaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memuat naikkan dalam akaun Facebook beliau.




Sekurang-kurangnya ada 21 pem#egang saham melibatkan orang perseorangan, koperasi, syarikat insurans mahupun kewangan melabur dalam perniagaan restoran kopitiam itu.



Pemegang saham itu ialah Citicorp Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., RHB Capital Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., Citicorp Nominees (Asing) Sdn. Bhd., Khoo Su Chin, HSBC Nominees (Asing) Sdn. Bhd., Lee Siew Heng, Chong Yiew On dan Cartaban Nominees (Asing) Sdn. Bhd.

Pemegang saham lain ialah DB (Mala#ysia) Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd,, Hong Leong Assurance Bhd., UOBM Nominees (Asing) Sdn. Bhd., Public Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., HLB Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., Remaining Shareholders For Berhad Company dan DB (Malaysia) Nominees (Asing) Sdn. Bhd.

Turut berkongsi ialah Cimsec Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, OldTown Berhad, Maybank Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd., Old Town International Sdn. Bhd. dan Amanahraya Trustees Berhad dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM453,597,242.

Koo Ham dikatakan bertindak demikia#n kerana tidak mahu nama beliau dan ahli keluarganya dikaitkan dengan syarikat kopitiam itu yang diragui status halalnya.

Semalam, beliau bertikam lidah dengan Datuk Seri Ismail Sabri berhubung gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kepada orang Melayu supaya memboikot kedai makan Cina seperti restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya milik keluarga Ngeh.

Dalam perkembangan terbaru, Ismail me#nafikan beliau merujuk keluarga Ngeh sebagai Koo Ham iaitu Ahli Parlimen Beruas dalam kenyataannya dua hari lalu dan enggan memohon maaf sebagaimana diminta pemimpin DAP Perak itu.

Menurut Ismail, tidak ada sebab beliau perlu meminta maaf kepada Koo Ham kerana nama Ngeh yang disebutnya itu bukan satu-satunya Ngeh Koo Ham di Perak.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved