ONEXOX

Besar kemungkinan BN poie melingkup PRU depan - Tun Mahathir

on Friday, March 13, 2015



Walaupun pelbagai penerangan oleh Dato Sri Najib Tun Razak tentang 1Malaysia Development Bhd(1MDB) telah difahami dan diterima oleh ahli Umno tetapi kemungkinan besar BN akan kalah piliha#nraya umum (PRU) akan datang.

“Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

“Ingatlah undi orang Umno  sa#haja tidak cukup untuk menang pilihan raya,” kata Tun Dr Mahathir.

Menurut Tun Mahathir, isu IMDB ini jika tidak dilakukan sebarang siasatan susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat d#engan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.




“Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tun M turut menegaskan untuk #menagkis segala dakwaan yang dilemparkan adalah tidak cukup kalau sekadar menafikan melainkan dilakukan siasatan.

Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

“Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

“Dan jika BN ditolak, sokongan ke#pada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved