ONEXOX
BannerFans.com

Dua sahabat maut digilis lori tangki simen di Bahau

on Thursday, March 5, 2015



BAHAU: Dua sahabat maut apabila digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Juasseh berhampiran stesen minyak Petron#as di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu jam 3.45 petang, Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali, kedua-duanya berusia 25 tahun dari Batu Kikir, sedang dalam perjalanan ke Juasseh menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

Ketua Polis Dae#rah Jempol Supt Hamzah Alias berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kanan jalan raya dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang secara tiba-tiba memperlahankan kelajuan.




"Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu.

"Akibat kejadian itu ked#ua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya.

Hamzah berkata sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Mayat kedua-dua mangsa dib#awa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.






Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Edy Wok said...

bawak laju sangat kono la


March 5, 2015 at 4:08 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved