ONEXOX
BannerFans.com

GAJI RM14,000 UNTUK KERJA BEZAKAN JANTINA JANTAN ATAU BETINA ANAK AYAM

on Wednesday, March 4, 2015



Mendengar gaji RM14,000 sebulan, pasti ramai yang berebut-rebut pekerjaan itu. Namun, tiada sesiapa yang sangg#up melakukan pekerjaan ini.

Ini kerana, kerja yang ditawarkan itu amat sukar dan agak mustahil dilakukan iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Itulah yang terjadi pada industri ter#nakan di United Kingdom yang sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan itu.




Setiap hari, antara 800 hingga 1,200 ekor anak ayam perlu ditentukan jantinanya dengan ketepatan 97% hingga 98%.

Menurut Ketua Eksekutif, Majlis Terna#kan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa selama tiga tahu untuk melatih seseorang pekerja itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran itu.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jan#tina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved