Shah Alam : Khabar angin mengenai tindakan kerajaan membeli sebuah jet peribadi baharu perlu #dihentikan jika tidak mahu perkara itu dianggap benar, tegas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Namun katanya, jika ia berlaku, maka penjelasan mengenainya perlu dilakukan segera.
Menulis di laman mikro Twitter#nya, Khairy berkata, "If new government jet claim untrue, dispel quickly before fiction passes itself as fact. If true, explanation needed ASAP" (Jika khabar angin tersebut tidak benar, hentikan (sebaran) tersebut sebelum ia menjadi fakta. Jika ianya benar, penjelasan diperlukan segera)."
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini mendedahkan satu surat perjanjian mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014.
Rafizi turut mendesak Perda#na Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.
"Tindakannya jelas membukti#kan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment