ONEXOX
BannerFans.com

PENGANTIN PEREMPUAN TINGGALKAN MAJLIS, BAKAL SUAMI BINGAI GAGAL JAWAB SOALAN 15+6

on Friday, March 13, 2015



New Delhi: Seorang pengantin perempuan meninggalkan majlis perkahwinannya selepas bakal suaminya gagal menyel#esaikan soalan matematik paling mudah.

Wanita berkenaan menguji kemahiran matematik pengantin lelaki itu dan meninggalkan majlis berkenaan apabila dia tersilap memberi jawapan.

Soalan yang ditanya pengantin perem#puan itu ialah: Berapa jawapan 15 campur enam?

Lelaki itu menjawab: 17.




Keluarga pengantin lelaki itu memujuk wanita berkenaan supaya meneruskan majlis itu, tetapi dia enggan.

Menurut wanita itu, dia ditipu lel#aki itu mengenai tahap pelajarannya.

Polis terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu dan kedua-dua pihak kemudian menyerahkan semula hantaran yang diberikan sebelum majlis berkenaan.

Kebanyakan perkahwinan di India diatur keluarga lelaki dan perempuan.

Pasangan biasanya tidak dapat menge#nali lebih rapat sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved