ONEXOX
BannerFans.com

'PERANG MULUT' PUNCA PAK HAJI & SEKUMPULAN GADIS CUN MELECUN BERGADUH

on Tuesday, March 31, 2015



Petang tadi tersebar video sekumpulan gadis memaki hamun seorang pakcik yang bergelar Haji yang dip#ercayai kerana kemalangan kecil yang berlaku di sebuah stesen Petron.

Bagaimanapun, penyebaran video pertama yang datang dari pihak 'pakcik haji' yang memandu teksi itu menampakan dirinya sebagai mangsa bukanlah cerita yang menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di antara mereka.

Video bahagian kedua yang tersebar pula adalah rakaman dari pihak gadis terbabit yang menunju#kkan pemandu teksi itu yang menjadi punca kepada kejadian itu.

Lelaki yang bergelar Haji itu dilihat bertindak menghimpit kenderaan gadis berkenaan sambil merakam video mangsa.

Kejadian bertambah buruk apabila lelaki itu bertindak menghimpit kenderaan gadis itu sehingga berl#akunya pergeseran yang menyebabkan kereta mangsa calar di bahagian kiri penumpang.




Tidak cukup dengan itu, pemandu teksi itu juga turut menyerang gadis-gadis terbabit sehingga menyebabkan beberapa mangsa calar di bahagian pipi serta lebam minima di bahagian telinga.

Tindakan pemandu teksi i#tu menyebabkan sekumpulan gadis itu berang dan memaki hamun lelaki terbabit sambil merakam apa yang berlaku sebagai bukti.

Bagaimanapun, pergaduhan di antara mereka dileraikan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan kedua-dua pihak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Menurut sumber, pemandu tek#si itu mungkin berang dengan tutur kata yang dilemparkan oleh gadis-gadis itu menyebabkan dia mengambil tindakan sedemikian.

Namun, kes itu belum berakhir apabila salah seorang gadis melaporkan perkara itu kepada bapanya dan datang ke balai polis itu menumbuk pemandu teksi berkenaan sehingga berdarah.

Secara rasminya, kes ini te#lah menjadi kes polis. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi.







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved