"Inilah Rumah Menteri Saya"
Apabila menyebut 'M#enteri dari Sarawak', pasti ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat yang kaya raya.
Tidak dinafikan dakwaan seperti itu, tetapi itu bukan perkara yang luar biasa kerana ramai pemimpin dari negeri Sarawak memiliki kediaman yang besar dan kenderaan yang mewah.
Saya akui sering ditanya rak#an-rakan mengenai 'kemewahan' Datuk Seri Rohani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.
Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.
Pagi tadi, saya berada di kedi#aman rasminya di Taman Sejoli, Kuching. Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun yang lalu.
Tiada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.
Kenderaan Land Cruiser Ninja,# itu pun milik jabatan.
Dalam tempoh itu, YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari Universiti of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya membuat pengubahsuaian sebanyak tiga kali. Itu pun di bahagian porch dan dapur.
Dan di rumah inilah yang beliau #akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yang pegawai ini pula beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman. Naik segan kami sheikhh...
Jadi kepada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd Karim, lihatlah sendiri dan inilah jawapannya.
Diceritakan oleh Syahril A. K#adir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim).
_____________________________________
Teringat pengalaman yang dilalui kami ketika bertugas di sebuah tempat di musim pilihan raya kecil di mana ada seorang timbalan menteri. Baru saja dilantik menjadi timbalan selepas menang PRU13. Disangkakan humble dan baik orangnya. Tetapi amat pelik apabila teman sebilik mengatakan dia mempunyai pengawal peribadi.
Tatkala beliau lalu di hadapan rakan kami dalam jarak 3 manusia, dengan tiba-tiba pengawal peribadinya terus berada di posisi melindungi timbalan menteri itu seolah-olah rakan kami ini bakal memberikan ancaman buruk kepadanya.
Menjadikan kami hanya ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan bodoh pengawal peribadi yang tidak berakal itu. Untuk apa rakan kami nak mengapa-apakan dia sedangkan itu adalah timbalan menteri di kementerian sendiri? Bodoh! Kahkahkah!
Tetapi, Rohani Karim memang menteri yang baik orangnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment