Setelah puas dikecam oleh orang ramai khususnya umat Islam di negara ini kerana video kupasan mengenai hukum hudud yang diterbitkan oleh BFM, akhirnya pengacara radio BFM, Aisyah Taj#uddin tampil membuat permohonan maaf.
Menurut Aisyah, dia langsung tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama dan kini sedar akan tindakan tidak cerdiknya itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia.
"Saya benar-benar kes#al dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Aisyah, objektif sebenar video itu adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak berniat langsung untuk menghina agama Islam.
"Cela mengenai politik, p#erkataan, perbuatan ahli politik dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.
"Bagaimanapun, saya mendapati liputan media mengenai insiden ini telah mengaburi tujuan sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan," katanya.
Jelas Aisyah, semenjak vi#deo itu tersebar, pelbagai ancaman bunuh, r0g0l ditujukan kepadanya termasuklah ahli keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakan lain.
"Ia sangat mendukacitakan. Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini adalah pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu.
"Namun, saya juga mendap#at dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang saya tidak kenali. Untuk itu saya sangat bersyukur," katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment