ONEXOX
BannerFans.com

Punca pemandu teksi ini mendapat perhatian!! Apa lagi CLICK la...

on Thursday, March 26, 2015



Pertanyaan, sanggupkah anda tiba-tiba terpaksa mengeluarkan RM220 untuk orang yang tid#ak dikenali?

Pemandu teksi yang bernama Tamil Nesan Shanmugam, 46 sanggup mengeluarkannya untuk penumpang yang tak dikenali tanpa mengharapkan balasan dan tak menyangka  ia menjadi bualan orang ramai.

“Ia adalah sesuatu d#i luar jangkaan saya,” katanya.

Beliau berasal dari Kampung Pandan dan mula menjadi pemandu teksi sejak 18 tahun lalu.Ingatan ayahnya menjadi pegangan.

“Semuanya bergantung k#epada sikap seseorang itu, kerana tidak semua pemandu teksi mempunyai corak pemikiran sama.

“Ayah saya selalu ingatkan, kejujuran dan berkelakuan sopan kepada penumpang akan membawa kepada perniagaan baik,” kata pemandu MyTeksi tersebut kepada The Rakyat Post.

Menurut Tamil Nesan penu#mpang itu diambil dari Laman Ceylon ke KL Sentral itu, merupakan warga asing berusia 20-an yang dilihat sedang mengejar masa untuk menghadiri temuduga penting di Singapura.

“Dompetnya tercicir dan hanya mempunyai tiket penerbangan dan pasport bersamanya.

“Disebabkan ketika itu adalah waktu puncak, keadaan trafik di ibu kota sesak teruk dan sekiranya dia pula#ng ke rumahnya untuk mengambil dompetnya, maka dia akan terlepas penerbangan serta akan menyebabkannya terlepas peluang untuk mendapat pekerjaan,” dedah Tamil Nesan.

Melihat keadaan penumpangnya yang panik, menyebabkan dia bersimpati lalu memberikan semua wang dalam dompetnya.

“Saya tidak kisah sekiranya dia meni#pu saya dan tidak mengembalikan wang berkenaan. Saya hanya memberi apa yang saya ada kepadanya.

Ia menyebabkan penumpang wanita tersebut terkejut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Wanita berkenaan tidak menjangkakan#nya dan bersyukur dengan bantuan tersebut. Keesokan harinya, dia menelefon saya dan mengembalikan wang berkenaan dengan mengatakan anda telah selamatkan saya,” ujarnya.

Dia tidak mengetahui dengan kerja yang diimpikan wanita tersebut tetapi mendoakannya berjaya dalam temuduga itu.

Selepas kematian ayahnya tujuh tahun l#alu, Tamil Nesan yang masih bujang tinggal bersama ibunya yang berusia 67 tahun serta empat adik-beradiknya.Dia menyara mereka semua dengan bekerja sebagai pemandu teksi lebih 12 jam sehari.

Kisah tersebut dimuat naik ke laman Facebook MyTeksi, pada 20 Mac lalu dalam bentuk surat dan menerima banyak likes dan dikongsi pelbagai pihak.

Dia juga telah dihadiahkan sebuah jam# tangan dengan beberapa baucar makanan dan minuman di Restoran Bumbu Bali, sebagai penghargaan kepadanya dan juga keluarganya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved