Semalam netizen dikejutkan dengan penyebaran video seorang bikers yang bertindak meludah seorang pekerja Petronas yang menegurnya untuk mengalihkan superbike yang menghal#ang kenderaan lain.
BACA: BIKERS LUDAH PEKERJA PETRONAS
Ekoran dari penyebaran itu, ramai yang tampil mencari maklumat lelaki itu dan segala maklumat yang berkaitan turut didedahkan seperti nombor kad pengenalan, nama sebenar, alamat rumah dan maklumat lain yang berkaitan.
Facebook lelaki itu juga dip#ercayai telah diserang oleh orang awam yang geram serta marah dengan tindakan biadabnya itu.
Bimbang dengan keselamatan diri dan enggan memanjangkan cerita, lelaki itu tampil di stesen yang sama dan meminta maaf dengan pekerja Petronas yang menjadi mangsa ludahnya.
Alhamdulillah, kami turut gem#bira mendengar berita kedua-duanya telah berdamai dan berharap tiada lagi kejadian seumpamaan ini berlaku.
Moralnya, belajarlah menerima teguran dengan hati yang terbuka. Manakala pihak yang menegur pula haruslah menegur dengan cara yang baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Walaupun kedua-dua pihak telah b#erdamai, ada sesetengah netizen masih lagi melemparkan komen-komen kesat terhadap lelaki itu. Nasihat kami, sudah-sudahlah, jangan mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment