ONEXOX
BannerFans.com

TENGKU PUAN PAHANG NAFI SINDIR ROSMAH DI INSTAGRAM

on Friday, March 13, 2015



Umum tahu beberapa hari ini laman sosial heboh memperkatakan kononnya Tengku Puan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskan#dariah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam kapsyen gambar berkenaan, Tunku Puan Pahang menulis, "There goes my diet. Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!".




Ramai followers beliau menganggap kapsyen berke#naan ditujukan kepada Datin Seri Rosmah berikutan dengan kenyataannya yang berkaitan dengan perkhidmatan mendandan rambut di rumah.

Mengambil kesempatan itu, seorang blogger pro pembangkang, Milo Suam, memuat naik tweet di bawah,



"Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana 'perli' seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik."

Bagaimanapun, perkara itu segera dinafikan oleh Tengku Puan Pahang.



"Saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua...".

Lapor Suara.tv, akaun Instagram milik Tengku Puan Pahang juga telah dinyahaktifkan akibat salah faham yang terjadi.

Hanya Tengku Puan Pahang saja yang mengetahui disebalik niat kapsyen gambar berkenaan. Namun, agak kecewa apabila ora#ng ramai mula membuat andaian sehingga menjejaskan nama baik Tengku Puan Pahang yang sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat dan ringan tulang membantu rakyatnya dalam kesusahan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved