ONEXOX
BannerFans.com

Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir

on Saturday, April 25, 2015



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.

"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.

Badan masyarakat sivil dan pihak pembangkang mendakwa GST akan membebankan rakyat, dan mahu ia dimansuhkan.

Mereka mendakwa bukan masanya untuk rakyat Malaysia dikenakan cukai penggunaan, kerana kadar upah yang rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional lebih murah selepas cukai itu dilaksanakan pada 1 April.

"Harga kereta Proton telah menjadi lebih murah. Jadi, kalau nak beli kereta Proton, belilah," katanya.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved