ONEXOX
BannerFans.com

Dewan Rakyat Lulus Naik Gaji Ahli Parlimen

on Friday, April 10, 2015



Gaji bulanan anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM16000 daripada RM11000, anggota Dewan Negara (RM11000 daripada RM7000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22000 daripada RM16000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31000 daripada RM20000) selepas rang undang-undang telah diluluskan hari ini.

Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.

“Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi,” katanya.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

kenapa tak diletak muka ahli PARLIMEN PEMBANGKANG juga dalam gambar di atas?Gaji dioghang dinaikkan juga sebab dioghang sokong SEBULAT SUARA. Nampak sangat begitu '"selective" dalam pemberitaan. sama sahaja ngan media yang korang semua kutuk.


April 10, 2015 at 12:47 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved