ONEXOX
BannerFans.com

RAKYAT BAYAR GAJI UNTUK TIDUR DALAM PARLIMEN

on Friday, April 10, 2015



Beberapa gambar ahli Parlimen tidur semasa perbahasan ke atas pindaan Akta Hasutan di Parlimen tersebar di media sosial hari ini mencetuskan perbincangan hangat di kalangan netizen.

Gambar ahli Parlimen yang terlibat ialah, ahli Parlimen Serdang (Ong Kiang Ming), yang disebarkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

"Seorang MP DAP di Parlimen, siapa mahu bantal?," tweet Tan di Twitter.

Tan Keng Liang mengkritik ahli Parlimen pembangkang yang melelapkan mata ketika persidangan berlangsung.

"Tengok bagaimana orang DAP cuba beri alasan bahawa MP mereka  perlu tidur di Parlimen. Mereka sentiasa betul. Tidur semasa bertugas juga adalah betul. 30% ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir ke Parlimen hari tu. Bila mereka hadir, mereka tidur semasa bertugas. Bolehkah ahli Parlimen lebih bertanggungjawab?," soal Tan.

Sebagai balasan, ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik pula menyebarkan gambar ahli Parlimen Gerakan, Liang Teck Meng yang didapati melelapkan mata dalam Dewan.

"Ketawakan Gerakan... Cari makan?,” katanya  dalam tulisan bersama gambar MP Simpang Renggam itu.

Namun, pengguna Twitter pula memberikan respon yang berbeza dan ada juga yang mempertahankan ahli Parlimen terbabit perlu bersidang selama 14 jam.

Tidak kurang juga yang mengkritik ahli Parlimen terbabit kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Ada pula yang membangkitkan semula kritikan pembangkang ke atas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pada satu masa mereka kritik Pak Lah kerana tidur semasa persidangan. Tengoklah mereka sekarang,” kata Suffian Kassim.

*Macam budak-budak.. bangang tak bertempat. Asyik bergaduh je kerja. Rakyat bayar gaji untuk bantu dan bela nasib rakyat, diorang ni buat apa? Makan gaji buta.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved