ONEXOX
BannerFans.com

Isteri Nazri Aziz gasak anak tiri, Nedim

on Wednesday, April 8, 2015



Rupanya Tan Sri Nazri Aziz beristeri muda, mereka dah berkahwin sejak Jun 2014.

Kini Datin Seri Haflin yang mendakwa isteri sah kepada Nazri Aziz ‘gasak’ anak tirinya Nedim gara-gara penggunaan Datin Seri.

Haflin mendakwa dia layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin di laman Instagram dengan nama Haflinsfashion.

Dia mencabar Nedim supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Perkara itu didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim, dakwa Haflin lagi.

Sebelum ini Nedim menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved