ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI GADIS 13 TAHUN DIDERA IBU TIRI TERJAWAP NGERI

on Sunday, April 19, 2015



AMPANG - "Kalau kami tak buat kerja rumah, dia mesti marah," luah seorang gadis berusia 13 yang mendakwa dia adan adiknya seringkali didera oleh ibu tiri semenjak ayahnya berkahwin dengan wanita itu.

"Pantang ada silap sikit, dia (ibu tiri) mesti akan mengamuk. Kami juga pernah ditampar, disepak, dicekiknya leher kami," luah Aza yang kini menghuni di Rumah Kasih Nurul Hasanah dengan adiknya, Azi, 11.

Jelas Aza, dia dan adiknya menjadi mangsa dera si ibu tiri semenjak ayahnya berkahwin dengan wanita itu selepas kematian ibu kandung mereka pada 2009.

"Setiap kali balik dari sekolah, kami dipaksa buat kerja rumah seperti mengemas, memasak, mencuci pinggan mangkuk dan mengurus adik tiri sehingga ke petang.

"Kalau kami penat dan tak buat apa yang disuruh, dia akan mengamuk serta memukul kami dengan batang penyapu.

"Badan kami selalu saja lebam-lebam," katanya.

Bagaimanapun, dua beradik itu bernasib baik apabila mereka diselamatkan oleh jiran yang mendengar jeritan mereka dipukul oleh ibu tiri.

"Nasib kami baik apabila suatu hari ketika dipukul, seorang jiran yang mendengar jeritan kami memanggil saudara terdekat dan menyelamatkan kami," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved