ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU PENIAGA TELEKOMUNIKASI DIDAKWA AMBIL KESEMPATAN KAUT UNTUNG 6% GST

on Wednesday, April 1, 2015



Semua bising mengenai kenaikan harga topup yang dikenakan GST 6%. Untuk makluman, kami diarahkan oleh syarikat telco seperti Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile dan lain² untuk mengena#kan 6% GST kepada costumer seperti surat yang dilampirkan.

Peniaga seperti kami telah dikenakan GST 6% semasa membeli topup tersebut. Sebelum GST kami cuma mendapat keuntungan antara 25sen-35sen sahaja untuk topup RM10 dan selepas GST juga kami mendapat keuntungan sebegitu. Cuma modal kami menjadi lebih kerana dikenakan GST 6% oleh distributor syarikat telco tersebut. Sedangkan keuntungan sama. Dulu modal kami untuk topup RM10 antara RM9.65 - RM9.75 tetapi kini modal kami telah menjadi RM10.25 - RM10.35.

Macam mana kami nak jual top#up RM10. Syarikat telco menyatakan kerajaan mengarahkan mereka untuk mengenakan GST 6% keatas peniaga dan pelanggan. Kini kerajaan pula menafikan, seolah-olah 'melempar batu sembunyi tangan'.



Kami sebagai peniaga juga tidak suka GST ni. Sudahlah terpaksa mengeluarkan modal yang banyak terpaksa pula menghantar resit belian dan jualan paling kurang 3 bulan sekali kepada kastam. Kalau tidak berbuat demikian kami akan didenda.

Kami peniaga kecil-kecilan jualan tid#ak sampai RM500K tetapi terpaksa mendaftar GST. Kalau tak daftar dilarang mengambil GST daripada costumer sedangkan kami dikenakan GST. Kini kami seolah-olah pengutip cukai tidak bergaji untuk kerajaan sedangkan kerja kami dah bertimbun-timbun. Kini ditambah lagi beban.

Harap kalian nilailah sendiri dan fikirkan sendiri, kalau nak marah. marahlah pada yang berkenaan bukan pada peniaga seperti kami.

- Penjelasan dan keluhan dari peniaga telekomunik#asi kecil-kecilan

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved