ONEXOX
BannerFans.com

Mahathir: Najib lebih hampeh dari Pak Lah

on Tuesday, April 7, 2015



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tahap populariti penggantinya, Datuk Seri Najib Razak kini merosot ke paras paling teruk.

Malah, prestasi Najib juga lebih buruk daripada perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir juga percaya bahawa BN mungkin akan tewas dalam pilihan raya umum selepas ini memandangkan Sabah dan Sarawak bukan lagi “undi selamat” buat parti itu.

“Pencapaiannya lebih buruk daripada Abdullah, tewas lebih teruk di Selangor di mana beliau mengetuai Umno.

“Sangat banyak skandal menghurunginya sekarang. Popularitinya lebih rendah berbanding ketika beliau mengetuai BN pada 2013,"  katanya.

Menurutnya lagi jumlah undi majoriti yang dimenangi BN di beberapa kawasan juga sangat tipis.

“Adakah terlalu mustahil untuk meramalkan kekalahan BN pada 2018?,” soalnya lagi di blog chedet.cc.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved