ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA SOLAT JENAZAH 'RM10' SEKEPALA AMAT MENYERAMKAN PEMBACA BLOG

on Monday, April 20, 2015



Walaupun tak masuk suratkhabar hari ini, tetapi aku kira ini isu semasa juga. Memandangkan isu ini dah menular seluruh Malaysia kot sekarang ni.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan paparan resit kos pengkebumian si mati mencecah RM3,000 termasuk duit SOLAT JENAZAH.

Baru-baru ini, aku sendiri melaluinya apabila ahli keluarga terdekat dijemput Ilahi. Sudahlah kami baru sahaja kehilangan ahli keluarga, Tunggak keluarga to be exact, kos hospital. Balik rumah, nak kena settlekan kos-kos merepek pula.

Pak Imam sendiri yang menetapkan harga RM10 sekepala untuk solat jenazah. Mana pergi fardhu kifayahnya? Kena prepare for 50 pax. Kos gali kubur and so on, itu biasalah kot. Kain kafan bagai kena beli, sewa van ke apa, logik la. Yang sangat melampau pada aku, solat jenazah berbayar. Mata tengah merah-merah ni menangis, menggagau mencari duit celah-celah poket ke nak kumpul untuk 50 orang. Gila!

Tengah sibuk-sibuk kebumi, kami yang di rumah tengah mengemas-gemas rumah dapat panggilan disuruh masak untuk kenduri tahlil selepas kebumi. Kebumi lepas maghrib tadi. Memula kata tak sempatlah nak masak-masak. Lepas maghrib kot kebumi, nak masak bila? Boleh pula ada yang bersuara, "kalau tak ada makanan pun tak apa, tahlil sikit-sikit lepas tu hulurlah seorang RM5,".

Sekali lagi terkejut. Wei! Aku yang kehilangan bapak. Apsal kau minta duit kat aku pula? Aku anak yatim piatu tahu tak?!

Seperkara lagi nak minta pencerahan pada sesiapa yang arif. FIDYAH. Macam mana pengiraan pembayaran fidyah bagi si mati? Aku tak pasti macam mana pengiraannya. Tetapi yang aku tahu, kami ahli keluarga mengeluarkan belanja untuk 80 kampis beras sebagai fidyah. Dari penerangan imam, katanya fidyah itu bukan sekadar untuk puasa-puasa tertinggal, tetapi juga untuk kesalahan-kesalahan arwah. Contohnya kejam pada binatang, boleh eh?

Itu belum lagi kenduri 7 hari, 10 hari, 60 hari, 100 hari. Di mana relevannya semua ini? Membebankan waris sangat-sangat. Bukan ke sepatutnya pada masa seperti ini, jiran tetangga yang bergotong-royong menyediakan makanan untuk jamuan itu semua. Buat apalah nak ditambah beban keluarga yang dirundung duka?

Ke manakah sepatutnya isu ini nak dihalakan? Islam itu mudah dan tidak membebankan. Ini penambahan adat yang melampau-lampau sehingga menjadi beban kepada waris yang ditinggalkan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

USTAZ MCM LEMBU...NABI X AJAR SUMA TUH..AP GILER USTAZ KAMPUNG KO N I H...


April 20, 2015 at 9:04 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved