ONEXOX
BannerFans.com

Tabiat minum 'teh o ais' penyebab kegagalan buah pinggang

on Tuesday, April 7, 2015



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.

Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved