ONEXOX
BannerFans.com

'TAK NAK BAYAR GST, PERGI DUDUK KAT BULAN' - PEMIMPIN TERHEBAT UMNO

on Wednesday, April 1, 2015



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook dikritik oleh netizen yang melih#at tindakannya itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ahli parlimen.

“Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” kata Nawawi kepada Ridz Black

Tindakan mencadangkan r#akyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan GST agar berpindah ke bulan itu mengundang respon negatif dari netizen sekali gus mencemarkan lagi imej pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO yang kerap kali mengeluarkan kenyataan kurang cerdik.

Dato' Ir. Nawawi Ahmad yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu juga menggunakan perkataan kesat 'pergi mampus' apabila bersoaljawab dengan pengguna Facebook yang lain.

“GST membantu negara dan akh#irnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus,” katanya ketika menjawab komen pembaca, Mirza Global Photography.

Tindakan tidak cerdik pemimpin UMNO itu menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat yang tidak rata-ratanya masih tidak faham mengenai cara GST berfungsi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved