ONEXOX
BannerFans.com

TERPEDAYA DENGAN 'KEKASIH ONLINE', GURU RUGI RM130,000. PUNCA TERJAWAP? BACA SENDIRI!

on Wednesday, April 8, 2015



KUALA LUMPUR - Akibat terpedaya dengan kata-kata manis kekasih yang tidak pernah ditemui, seorang guru wanita mengalami kerugian sebanyak 130,000 akibat ditipu oleh satu sindiket, Love Scam.

Guru wanita yang berusia 42 tahun itu dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki 'mat salleh' yang mendakwa dirinya berusia 36 tahun melalui laman Facebook. Mangsa dikatakan pernah menyerahkan wang berjumlah RM130,000 kepada lelaki itu dalam tempoh dua bulan perkenalan mereka.

Mangsa kemudian mengaturkan pertemuan pertama di antara mereka di lobi Cabana Inn, Jalan Perak, pada Sabtu lalu bagi menuntut kembali wang yang telah dipinjamkan kepada lelaki terbabit.

Malangnya, 'Mat Salleh' yang sering dihubungi oleh mangsa itu sebenarnya adalah seorang lelaki warga Nigeria dan lelaki itu telah menyerahkan sebuah beg jenama Slazenger yang dalamnya mengandungi sebuah beg bimbit berjenama Polo yang terdapat sejumlah wang kertas AS$100 yang diragui kesahihannya.

Meragui ketulenan wang itu, mangsa menghubungi polis.

Tiba di tempat kejadian, mangsa menunjukkan kepada polis pemilik beg itu.

Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan seorang pelajar universiti swasta di Kuala Lumpur dan dia terus ditahan bersama dengan barang kes untuk tindakan selanjutnya.

Beg tangan yang didakwa berisi 71 bungkusan wang AS$100 itu disyaki palsu dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti pemalsuan wang juga turut ditemui.

Polis juga mendedahkan, suspek juga mempunyai rekod memasuk negara ini sejak seminggu lepas dan pernah berada di negara ini untuk jangka tempoh masa yang lama.

Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu untuk sisatan lanjut di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaaan kerana memiliki wang palsu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved