ONEXOX
BannerFans.com

30 MINIT MENANGIS DI SISI NENEK TERSAYANG

on Sunday, May 31, 2015



TUMPAT: Seorang budak lelaki berusia setahun menangis hampir 30 minit di sisi neneknya yang pengsan, selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Ikram Safuan cedera di kepala, manakala neneknya, Faridah Hamid, 35, cedera ringan sebelum kedua-dua beranak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian, Faridah yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya di Tak Bai untuk menghantar cucunya pulang di Kampung Kedai Buloh.

Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, motosikal mereka dikatakan dilanggar sebuah kereta menyebabkan dua beranak itu terjatuh dan Faridah pengsan di lokasi kejadian.

Ibu kepada Mohd Ikram, Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak serta ibunya kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan oleh abang iparnya.

"Saya yang terkejut terus bergegas ke hospital. Alhamdulillah, ibu serta anak saya hanya cedera ringan, namun mereka masih dalam keadaan terkejut.

"Mohd Ikram cedera pada kepala dan bahu kiri, manakala ibu saya cedera ringan dan sudah sedarkan diri. Namun ibu masih terkejut dan tidak mampu menceritakan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di hospital, di sini.

Gambar menyayat hati Mohd Ikram dalam keadaan berdarah di kepala, sambil menangis di sisi neneknya mula tersebar di laman sosial sehingga menjadi viral.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Marzuki Mat, ketika dihubungi memaklumkan sehingga jam 7.30 malam tadi, pihaknya tidak menerima laporan polis daripada keluarga mangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved