ONEXOX
BannerFans.com

'AKU MASIH SAYANGKAN DIA' - KISAH SAYU PERCINTAAN SEORANG SHEMALE

on Tuesday, May 26, 2015



Minggu yang lepas, kami menyiarkan kisah seorang pelajar lelaki UiTM, Lisz Zara Aziz, beperwatakan seperti perempuan, ditinggalkan oleh teman lelakinya demi seorang janda.

Namun, hari ini kami menerima emel dari seorang lelaki yang mengaku sebagai 'bekas kekasih' Lisz Zara Aziz, meminta kami memperbetulkan keadaan.

Surat ini untuk 'clearkan' isu viral 'Gadis Yang Ditinggalkan Demi Janda,".

Aku SH (Hin), orang yang menjadikan isu ini viral di internet, memohon maaf kepada tuan punya badan atas perkara ini. Tapi aku nak clear satu benda sini, setiap manusia buat kesilapan, begitu juga aku.

Niat aku memang nak memalukan dia selepas apa yang dia buat pada aku.

Aku kenal 'gadis' ini pada tahun 2012 lagi. Setahun aku suka, minat pada dia. Macam-macam aku buat. Aku bagi bunga, hadiah dan macam-macam dan aku letak di meja dia.

Setahun aku jadi 'secret admire' dia sampailah aku start bekerja, dia tidak pernah tahu aku siapa. Aku dah ada 'awek', cuma aku minat untuk kenal dia sangat-sangat.

One day, baru aku tahu 'gadis' yang aku minat adalah 'shemale', bukan female. Tetapi aku terima kenyataan itu. Aku langsung tak kisah sebab aku tahu dia bukan macam 'shemale' yang lain, yang sosial.

Aku mula cari lubang nak rapat dengan dia. Aku tahu dia single time tu. Aku start berkawan dengan kawan-kawan dia. Aku pun mula ikut perkembangan dia di laman sosial, Instagram, WeChat, Facebook.

Pertengahan tahun 2014, aku mula rapat dengan dia di laman sosial. Tapi aku tak pernah jumpa dia 'face to face'. Cuma aku 'usha' dia dari jauh je selama ini. Aku seronok dapat kawan dengan dia. Baik, lembut pekerti, matang, betul-betul macam female.

Dari minat nak kenal dengan dia, aku start jatuh hati pada dia.

Tiga kali aku luahkan perasaan aku pada dia. Tapi dia tolak aku elok-elok. Aku hormat keputusan dia. Dia selesa jadi single.

Namun, awal tahun 2015, aku bertunang dengan 'awek' aku dan aku dapat tahu dia couple dengan seseorang. Aku mengaku aku cemburu dan aku buat macam-macam untuk pisahkan dia dengan balak dia.

Aku sampai guna jalan hitam, jumpa bomoh pisahkan dia dengan mamat itu.

Bila dia dah break dengan balak dia, aku approached dia. Dia share masalah dia semua dengan aku. Aku gunakan time kecewa dia untuk outing dengan dia. Dua kali aku outing dengan dia cukup buat aku rasa jauh dengan tunang aku.

Kami jadi rapat sebab dia dah single tapi hati dia masih pada ex balak dia. Tapi last, dia terima aku dan aku putuskan tunangan aku demi dia. Tapi dah sebulan kami berkawan rapat, dia masih lagi tak dapat melupakan ex balak.

Aku tak puas hati, sebab aku dah buat macam-macam. Yang dia nampak, ex balak dia. Kalau compare dengan aku, kerjaya rupa jauh sekali. Tapi aku bengang, sampai bila nak tunggu ex balak dia?

Aku sekali lagi menggunakan bomoh bagi dia lupakan ex balak dia. Tapi dia dapat tahu benda ini. Dia minta putus kawan, aku jadi macam orang gila tak boleh terima kenyataan. Aku betul-betul marah dan aku start fitnah dia macam-macam dan aku viralkan kisah dia untuk puaskan hati aku.

Tapi aku tak sampai hati dapat tahu dia menangis dan ada masalah dengan study pasal benda ini.

Aku masih sayangkan dia.

"Lisz, kalau awak baca surat ini, I'm sorry my dear.. Bodoh! Fikir pendek malukan awak! Maafkan Hin. Hin cari awak untuk minta maaf tapi awak tolak. Ini cara terakhir Hin. Ampunkan Hin dunia dan akhirat.

Daripada Hin.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved