ONEXOX
BannerFans.com

'Lepas ni jangan marah Tabung Haji'

on Saturday, May 9, 2015



Tabung Haji tidak mendedahkan butiran mengenai pihak yang didakwa berminat membeli tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Namun, berdasarkan kenyataan dibuat hari ini, ada kemungkinan tanah berkenaan akan djual kepada pembeli bukan Islam.

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, agensi itu "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)".

Kata Ahli Parlimen Baling itu, Tabung Haji bersetuju untuk mencari tanah lain.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.

Menurut Abdul Azeez (gambar), Tabung Haji sedang menilai tawaran yang diterima sebelum membuat keputusan mengenainya minggu depan.

Abdul Azeez juga berkata, keputusan Tabung Haji melepaskan tanah yang dibeli itu membuktikan ia tidak sukar untuk dijual.

Namun, katanya, Tabung Haji akan mencari pihak atau syarikat yang mampu memberi keuntungan terbaik untuk tanah berkenaan.

"Selepas jual kita akan minta Ketua Pegawai Kewangan Tabung Haji buat sidang media," katanya.

Berdasarkan kenyataan Tabung Haji, tanah seluas setengah hektar itu dibeli pada harga diskaun RM188.5 juta atau kira-kira RM2,779 setiap kaki persegi.

1MDB pula membeli tanah di kawasan sama daripada kerajaan pada harga RM74.20 sekaki persegi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved