ONEXOX
BannerFans.com

Nak Beli Tilam Tapi Kena Bongak Peniaga Online

on Saturday, May 9, 2015



Seorang pengguna Facebook menghubungi kami dan meminta tolong untuk menyebarkan penipuan yang dibuat oleh seorang peniaga online.

Difahamkan, rakan pengadu telah membuat pembayaran bagi tilam yang diingini, namun apabila mangsa meminta 'tracking number', peniaga berkenaan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Assalamualaikum, nak minta tolong viralkan kes ini. Kawan saya ada order tilam untuk baby di Facebook 'Kasih Qaysia. Biasanya, sebelum dia order, dia akan tengok dulu feedback customers di page peniaga itu. Tetapi sebab dia dah nak cepat-cepat belikan hadiah untuk kawan kitorang, dia terus order je dan terus buat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, dia minta 'tracking number' dari peniaga online itu dan pelbagai alasan yang telah diberikan.

Bukan setakat itu sahaja, peniaga terbabit juga telah block FB mangsa dari terus menghubunginya menyebabkan mangsa meminta pertolongan dari rakannya (pengadu) untuk mencari Facebook dan dapatkan nombor telefon peniaga itu untuk tindakan selanjutnya.

Selepas dapat nombor telefon peniaga tu, kawan saya cuba WhatsApp, tetapi di 'blocked'. Bila kawan saya call, dia letak. Dia ada sms kawan saya kata nak kembalikan semula duit itu dan kawan saya suruh bank in semalam. Tetapi dia berikan alasan lagi ada saudaranya meninggal dan tidak dapat menunaikan permintaan kawan saya.

Menurut pengadu, rakannya cuba menghubungi peniaga berkenaan tetapi tidak dapat dihubungi dan dipercayai telah mematikan telefon bimbitnya.

Bukan nak aibkan dia ke apa, tetapi nak suruh semua berhati-hati. Ini saya sertakan gambar perbualan dan maklumat penipu ini.

Kepada peniaga penipu berkenaan, semoga Allah turunkan hidayah dan anda terbuka hati untuk membayar balik duit kawan saya. Duit haram tu, dan doa orang teraniaya insha Allah dimakbulkan.

Inilah risiko yang harus dihadapi jika berjual beli barangan secara online. Para pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan selidik latar belakang peniaga online sebelum membuat sebarang pembelian.






Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved