Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur telah memulakan siasatan berkaitan insiden maut yang telah meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Duke melibatkan kenderaan Perodua Myvi dan Mitsubishi Pajero Sports, awal pagi Sabtu lalu.
PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan ini.
Pihak polis masih menjalankan siasatan dan mana-mana pihak yang didapati cuai menyebabkan kemalangan maut tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehingga kini, polis telah menahan lelaki dan wanita masing-masing berusia 31 dan 35 tahun yang terbabit di dalam kemalangan maut tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan dan dikehendaki melapor diri ke balai polis trafik KL dalam masa dua minggu.
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Semua pihak diminta untuk menghentikan sebarang spekulasi mengenai kemalangan yang berlaku di mana boleh menganggu proses siasatan polis dalam usaha untuk mencari kebenaran.
Dato' Mohd Fuad Abdul Latiff
Ketua Trafik Pasukan
PDRM Bukit Aman
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment