Ramai yang terkejut dengan perubahan susuk tubuh Nabil Ahmad yang kini semakin sasa berikutan gambar tidak berbaju penghibur ini tersebar di laman sosial. Malah perkara tersebut juga menimbulkan pelbagai reaksi berbaur di kalangan peminatnya.
“Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu”
“Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu,” katanya kepada mStar Online mengulas kembali mengenai gambarnya yang tersebar itu.
Selain itu, Nabil juga mengakui dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu yang mana banyak digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.
“Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg. Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan”
” Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini. Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat,” katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment