ONEXOX
BannerFans.com

PENDARAHAN DALAM KEPALA PUNCA KEMATIAN PELAJAR KSKB ULU KINTA

on Friday, May 15, 2015



Heboh di laman sosial mendakwa seorang pelajar perempuan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta meninggal dunia disebabkan makan 3 jenis makanan tambahan serentak, menimbulkan keresahan di kalangan pengguna.

Bagaimanapun, tampil beberapa individu yang menjelaskan bahawa punca kematian pelajar terbabit bukan disebabkan oleh makanan tambahan.

"Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya," kata Nazri Omar.

Jelasnya lagi, apa yang tersebar di laman sosial itu adalah salah faham.

"Salah jangkaan itu. Sebenarnya berlaku pendarahan dalam otak yang pakar sendiri tak boleh buat apa-apa kerana risikonya amat tinggi.

"CT scan yang dibuat semalam juga menunjukkan ada ICB (intracranial bleed).

"Pasal supplement semua itu salah sebab arwah dulu selalu kena migrain sejak masuk kolej.

"Dianogsis terakhir massive ICB with extradural hamorraghe," jelasnya.



Menurut seorang lagi individu bernama Sharipah, individu yang membuat cerita dan menyebarkan maklumat palsu di Facebook itu telah menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf dengan keluarga arwah.

Walau bagaimanapun, pengguna makanan tambahan dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved