LONDON - Sekumpulan nelayan Britain berjaya menangkap seekor belut laut gergasi dengan panjang 6.4 meter dan 59.4kg di luar pantai daerah Devon.
Berat haiwan itu yang hanya kurang 900 gram dari rekod tangkapan belut di Britain itu, didaratkan di Jeti Perikanan Plymouth oleh kapal pukat tunda, Hope.
Belut laut itu merupakan beberapa jenis belut yang mempunyai berat purata 5kg dengan panjang 0.9 meter.
Rekod dunia bagi belut laut itu adalah seberat 158.7kg yang ditangkap di kepulauan Westmann, Iceland. Manakala rekod Britain dibuat oleh nelayan bernama Vic Evans yang menangkap belut seberat 60.3kg di Brixham pada tahun 1995.
Meskipun saiz belut itu besar, namun ianya hanya terjual dengan harga 40 pound (RM225) atau 0.70 pound (RM3.90) sekilogram dalam satu lelongan di daerah itu kerana belut bukan hidangan yang popular di United Kingdom.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment