ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA PUTERI BABI CUN MELECUN POPULAR TERJAWAP SIPI SIPI

on Tuesday, May 26, 2015



TAIPEI - Seorang gadis di Taiwan menjadi bualan hangat setelah gambarnya sedang memotong daging di kedai milik keluarganya tersebar di laman sosial.

Zhang Caijie, 25, bukan saja memiliki paras rupa yang cantik tetapi juga ringan tulang membantu perniagaan keluarganya di pasar Dongmen, sehingga mendapat gelaran 'Puteri Babi' oleh pelanggan.

Caijie, tidak menjadikan statusnya sebagai siswa Universiti Katolik Fu Jen sebagai penghalang bagi membantu perniagaan keluarganya itu.

Kini, gadis itu mula menjadi sebutan orang ramai dan semakin ramai pelanggan lelaki yang singgah ke gerai dagingnya itu semata-mata mahu melihat sendiri kecantikan Caijie. Ada segelintir pelanggan juga tidak segan silu meminta nombor telefonnya untuk berkenalan.

Paling luar biasa, ada ibu dan nenek yang datang ke gerai itu untuk memperkenalkan anak atau cucu lelaki mereka.

Ramai yang memuji Caijie sebagai anak gadis yang baik kerana tidak kisah membantu perniagaan keluarganya walaupun terpaksa berdepan dengan bau daging yang hanyir itu.







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved