ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA BERI AMARAN, SELESAIKAN SAMAN SEGERA'

on Tuesday, May 12, 2015



PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa Operasi Waran Tangkap atau OP WARTA akan dijalankan mulai minggu depan bagi menangkap pengguna jalan raya yang tidak membayar saman yang dikenakan terhadap mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1 petang itu tadi, tempoh dua minggu yang diberikan untuk orang ramai tampil membayar saman-saman mereka akan berakhir tidak lama lagi.

"Masih terdapat sebilangan besar yang masih belum mengambil langkah untuk menyelesaikan waran-waran tangkap dan saman-saman mereka.

"Sehingga semalam, rekod kami menunjukkan hanya 18,260 saman yang berstatus waran tangkap telah diselesaikan.

"Saya menasihati golongan ini supaya berfikiran bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman-saman mereka," kata Ketua Trafik Pasukan, Dato' Mohd Fuad Abd Latiff.

Bermula pada minggu hadapan, PDRM akan menjalankan tugas bagi mengesan pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap.

"Saya memberi amaran kepada mereka supaya segera menyelesaikan saman-saman ini. Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil untuk membawa mereka ke mahkamah.

"Sekiranya mereka tidak memberi kerjasama sepenuhnya, prosedur tangkapan akan dibuat termasuklah tindakan menggunakan gari ke atas mereka," tegas beliau.

Orang ramai yang masih belum membuat bayaran saman yang dikenakan masih mempunyai baki tiga hari lagi. Justeru PDRM menasihati orang ramai membayar saman-saman trafik yang dikenakan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved