ONEXOX
BannerFans.com

Tabung Haji Beli Tanah 1MDB ? Kenapa Tak Tunggu Hasil Siasatan Audit dan PAC ?

on Wednesday, May 6, 2015



KLiK  blog  The Benchmark   SEKARANG ! Di sana ada bukti salinan kontrak penjualan tanah projek TRX oleh 1MDB kepada Tabung Haji.

Dilaporkan Tabung Haji telah beli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai. Yang pertama pada harga RM194juta @ RM2860/kaki persegi dan kedua RM578 juta @ RM3900/kaki persegi.

Tanah dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga RM60/kaki ..... BUTA punya untung 1MDB dapat dari duit Tabung Haji.

Siapa lagi yang akan beri untung BUTA kepada 1MDB selepas ini ? KWSP ? Tabung ATM ?

Duit untung buta itu pula antara lain akan digunakan untuk bayar kos faedah pinjaman 1MDB ? Hangus begitu saja ?

Kenapa tidak kerajaan dari awal tubuhkan konsortium dana2 awam seperti Tabung Haji dan jual murah sepertimana kepada 1MDB ..... dan untung BUTA itu boleh digunakan buat pembangunan di tanah itu ? Apa fungsi diwujudkan 1MDB ? Apakah value added yang telah 1MDB tambah kepada tanah itu untuk mendapat untung buta antara 48 hingga 65 kali ganda berbanding harga belian dari kerajaan?

Itu pandangan saya lah ..... mungkin bijak pandai pro 1MDB fikir apasaja yang dilakukan oleh 1MDB adalah yang terbaik.

Oya, kenapa tidak Tabung Haji menunggu terlebih dulu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC sebelum buat keputusan membeli tanah 1MDB ?

PS - Tabung Haji kena tampil buat pengesahan perkara ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved