ONEXOX

VIDEO: Najib 'Sedih' Apabila Dapat BR1M Semua Senyap, Bila Barang Naik Sikit Bising

on Monday, May 18, 2015



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih kepada rakyat Malaysia yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya mereka 'senyap'selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Najib berkata demikian di dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini yang hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Selain itu, Najib mengakui menerima rungutan rakyat mengenai GST dan beliau menegaskan tindakan segera akan diambil bagi menangani masalah itu.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved