ONEXOX
BannerFans.com

WAGHIH GHOMEH DIDENDA RM100, MAKI POLIS

on Monday, May 25, 2015



Pelakon utama drama Ariana Rose, Keith Foo, 32, didenda RM100 kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis trafk, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor telah menjatuhkan hukuman itu dan memerintah Keith Foo dipenjarakan selama 10 hari jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Keith Foo didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan bagi mengaibkan dan menghina seorang anggota polis trafik.

"Kau siapa? Kau ingat kau polis, besar sangat kah? Bodoh!"

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Davis, arah bulatan Kampung Pandan, pada jam 4.30 pagi, 15 Mac yang lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved