ONEXOX
BannerFans.com

'JANGAN PERCAYA PUTAR BELIT TUN MAHATHIR'

on Tuesday, June 9, 2015



PUTRAJAYA - 5 hari yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal hadir ke program Dialog PM Bersama NGO di PWTC, 'NothingtoHide', merayu agar rakyat Malaysia tidak terperdaya dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai separuh benar, jenaka yang dilihat sengaja mengelirukan rakyat dan berputar belit.

Dalam penjelasan terbaru Najib di laman najibrazak.com itu berkata, Tun Dr Mahathir merupakan seorang pakar persepsi umum.

"Rakyat perlu berfikir sejenak dan menganalisis fakta yang ada. Tun seorang ahli politik veteran dan pakar persepsi umum. Dia faham yang kenyataan politik tidak semestinya mencerminkan kebenaran. Tetapi ia mengenai apa yang menjadi kepercayaan masyarakat umum.

"Sebab itulah Tun terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang sengaja mengelirukan serta memutar belitkan kenyataan agar pandangannya nampak menarik dan memuaskan.

"Telah banyak yang kita lakukan dalam tempoh enam tahun lalu, tetapi Tun tidak mengendahkan semua ini. Sebaliknya hanya menimbulkan dakwaan dan masalah kerana Tun tahu dengan cara itu saja dia dapat mempengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan dan saya," katanya.

Najib juga menggesa ahli UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia tidak terperdaya di setiap kali bekas Perdana Menteri itu menyerang Najib.

Tambah Najib, keadaan 'berserabut' yang dikatakan wujud dalam pentadbirannya adalah kerana tindak tanduk Tun Mahathir. Malah, Tun didakwa juga mempercayai pembohongan yang tersebar di laman sosial.

"Serangan yang saya hadapi sekarang tidak sama seperti apa yang Tun terpaksa hadapi. Ini kerana perkataan viral tidak wujud sewaktu pentadbiran Tun," katanya.

Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved