ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. LAGI WANITA CUN MELECUN DIHALANG BERURUSAN KERANA PAKAI SKIRT

on Tuesday, June 9, 2015



PUTRAJAYA - Lagi kes seorang wanita Cina dihalang berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan hanya kerana pakaian yang dipakainya tidak mematuhi etika pemakaian pelawat yang telah ditetapkan.

Emelia Ho, seorang surirumah yang menetap di Puchong mendakwa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Cawangan Puchong menghalangnya daripada mengambil MyKid kerana skirt yang dipakainya tidak mematuhi etika pemakaian pelawat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Emelia tetap berkeras bahawa skirt yang dipakainya melepasi bahagian lutut.

"The JPN counter refuse to let me to collect MyKid today. The reason is my dress is too short. But my dress is lepas lutut!!!," 

Berdasarkan gambar dirinya yang dimuat naik pada 29 Januari lalu, memang benar skirt yang dipakai melepasi lutut. Tetapi jika berada dalam keadaan duduk, sudah tentu ia akan menampakkan lutut.

Isu etika pemakaian pelawat ini tidak pernah timbul sebelum ini. Orang awam juga umum mengetahui bahawa adalah menjadi kewajiban mana-mana individu berpakaian kemas apabila berurusan di pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pegawai JPJ yang mengarahkan seorang wanita Cina memakai sarung jika ingin terus berurusan di cawangan JPJ yang tidak diketahui lokasinya itu.

Menurut Liow, penggunaan kain sarung itu tiada dalam polisi kementerian dan jabatan di bawah pentadbirannya.

Namun, kenyataan Liow itu mengundang reaksi negatif apabila netizen mendesak agar menteri berkenaan tidak bersikap berat sebelah dan wajar menegakkan peraturan yang sedia ada, bukannya memihak kepada wanita Cina berkenaan yang juga merupakan bangsanya sendiri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved