ONEXOX
BannerFans.com

MISTERI TERJAWAP. BENCANA MALAYSIA SUDAH TERCATAT DALAM WANG KERTAS

on Monday, June 15, 2015



PUTRAJAYA - Spekulasi bencana di Malaysia mula disebarkan di media sosial berdasarkan gambar-gambar mercu tanda Malaysia yang terdapat dalam wang kertas RM1, RM10 dan RM50.

"Mercu tanda kebanggaan Malaysia yang tercatat dalam wang kertas telah ditarik satu demi satu. Sedarlah, Allah menegur kita semua wahai pemimpin dan semua rakyat Malaysia," Ibnu Yusoff.

Apa yang ingin disampaikan individu berkenaan ialah kaitan bencana yang berlaku pada Malaysia seolah-olah sudah dirancang.

Gambar pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada not RM10 dikaitkan dengan tragedi yang menimpa MH17 yang meletup ditembak dan MH370 yang hilang entah ke mana masih menjadi misteri dunia.

Begitu juga dengan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini yang mengorbankan belasan mangsa juga didakwa telah tertulis di not RM1.

Kemudian, laporan kehilangan sebuah kapal tangki minyak yang membawa minyak RON95 baru-baru ini juga telah dinyatakan dalam not RM10.

Manakala not RM50 yang menunjukkan gambar pelantar minyak memberikan maksud kenaikan harga minyak. Gambar pokok sawit di bahagian belakang not RM50 itu pula mengambarkan kejatuhan saham Felda Global Ventures (FGV).

Namun, percubaan individu berkenaan mengaitkan bencana-bencana yang berlaku di Malaysia dengan gambar-gambar tertera pada wang kertas itu menjadi bahan ketawa netizen.

"Selepas ini apa pula? Wau bulan? Maka pemain wau perlu berhati-hati selepas ini.  Dan adakah ini semua sumpahan terhadap Ringgit Malaysia?" kata mereka disusuli dengan gelak ketawa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved