ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA BAYI 15 BULAN TERPUTUS TANGAN TERSEPIT DI ESKALATOR TERJAWAP

on Tuesday, June 16, 2015



KUALA LUMPUR - Pergelangan tangan kanan seorang bayi lelaki berusia 15 bulan putus akibat tersepit di tangga eskalator di KL Sentral, awal pagi semalam.

Tangan mangsa yang terputus itu berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Mohd Afkar Daniel Freedy mengalami kecederaan parah ketika dibawa oleh ibu bapanya pergi ke pusat beli belah berkenaan.

Siasatan polis mendapati, mangsa berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan berkenaan tanpa disedari oleh ibu bapanya yang sedang membeli barang di premis berhampiran.

Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari tingkat dua turun ke tingkat satu sebelum tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak itu menyebabkan pergelangan tangannya putus dan memasuki celah eskalator.

Kejadian itu disedari oleh anggota pasukan polis bantuan yang berada di lokasi kejadian, segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siasatan polis juga mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kejadian itu berpunca dari ibu bapanya yang cuai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved